Pada bab ini kita akan mengetahui mengenai:
- Mendimensikan objek dalam lukisan dengan kaedah yang betul.
- Menyunting format-format dimensi dalam sesuatu lukisan mengikut kaedah yang betul.
- Membina teks dalam lukisan dengan menggunakan 3 cara penghasilan teks.
PENDIMENSIAN
Arahan dimensi digunakan untuk mendimensi bahagian-bahagian tertentu pada objek dalam sesuatu lukisan. Namun demikian, perlulah diperkenalkan konsep asas dimensi dalam AutoCAD terutama elemen-elemen dimensi, rajah di bawah yang sering digunapakai dalam mana-mana sistem CAD.
Terdapat beberapa kaedah mendimensi mengikut jenis dimensi yang lazim dan antaranya adalah, kaedah mendimensi garisan lurus, bulatan, lengkungan, jejari, diameter dan lain-lain.
Command: dim <enter>
Dim: Masukkan arahan jenis dimensi yang sesuai seperti yang tersenarai pada lajur Command dalam Jadual di atas.
ATAU
dari Bar Menu klik pada Menu Tarik Dimension seperti di bawah.
Jadual dibawah merupakan senarai pilihan arahan pendimensian lukisan yang boleh digunakan sebaik sahaja arahan dim dicatatkan pada Command line atau apabila menggunakan bar menu.
Sebelum melakukan pendimensian, sila tetapkan setting pada Dimension Style seperti berikut.
pergi kepada menu bar DIMENSION dan cara DIMENSION STYLE.
setelah menekan DIMENSION STYLE paparan seperti di bawah akan muncul.
apabila melihat paparan seperti di atas, tekan STANDARD pada yang di lihat pada sudut kiri dan seterusnya tekan MODIFY yang tertera pada sudut kanan.
Apabila MODIFY dipilih, paparan seperti di bawah akan muncul.
seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas, tetapan seperti ketinggian huruf dan kejituan nilai boleh ditetapkan pada kotak paparan ini. setelah selesai membuat penetapan, klil OK. Pendimensian akan tertera seperti yang ditetapkan.
Linear –mendimensi garislurus menegak atau mendatar.
Aligned –mendimensi garis condong.
Diameter – mendimensi garis pusat bulatan atau lengkuk.
Angular – mendimensi sudut bukaan sesuatu objek.
No comments:
Post a Comment