Thursday 6 December 2012

Computer Aided Drafting Lukisan Terbantu Komputer (CAD).

PENGENALAN  DAN SEJARAH CAD

          Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting
Lukisan Terbantu Komputer (CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer. Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi ‘Massachusetts’ merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yangberkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos. Di samping itu,perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang,lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk.

Dr. Ivan Sutherland 

          International Business Machine (IBM) memperkenalkan DAC-1 (Design Augmented by Computer) pada tahun 1966 untuk kegunaan syarikat General Motors dalam kerja-kerja rekabentuk kereta. Program komputer tersebut telah membolehkan syarikat General Motors mempercepat dan meningkatkan hasil pengeluaran model-model kereta terbarunya. Seterusnya pada akhir 1960-an, sistem CAD telah digunakan dalam beberapa disiplin kejuruteraan mekanikal, elektrikal, awam, kimia dan kejuruteraan industri. Namun demikian penggunaannya dalam bidang senibina tidak berapa popular disebabkan pelaburan untuk memperolehi CAD berkos tinggi.

          Pada 1963, jabatan arkitek MIT telah membangunkan semula Sketchpad versi 3D. Versi ini telah membolehkan para jurutera menggambarkan sesuatu rekaan seakan-akan objek dihadapan mata. Pada masa yang sama beberapa sistem rekabentuk interaktif berbantu komputer seperti Coplanner (1964) dan Urban5 (1970) telah dibina. Sistem tersebut mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Sketchpad versi 3D ciptaan pakar-pakar dari MIT. Sementara itu, di penghujung 1960-an, apabila komputer telah memasuki generasi ke-3, maka syarikat ComputerVision Corporation telah mengeluarkan sistem CAD kegunaan umum yang pertama (1969) dengan penggunaan komponen-komponen yang lebih efisyen. Justeru, ianya telah membolehkan bidang senibina menggunakan CAD secara meluas.

          Pada tahun-tahun 1970-an, sistem CAD generasi ke-2 seperti CEDAR, HARNESS, OXSYS, CARBS, SSHA dan lain-lain telah mula dibangunkan oleh beberapa negara maju. Umpamanya, Amerika Syarikat telah mengetuai satu kajian berkaitan CAAD (Computer aided architectural design) yang khusus bagi memperluaskan penggunaan CAD dalam bidang senibina pada tahun 1971. Sebelum itu pada 1968, Cityscape sebuah perisian animasi grafik arkitek telah dihasilkan buat pertama kalinya, namun kurang mendapat sambutan.

          Pada 1980-an beberapa syarikat seperti Sun Microsystem, Apollo, dan Tektronix, memasarkan workstations 32 bit untuk grafik berkomputer dan rekabentuk berbantu komputer. Pada pertengahan 1980-an, sistem komputer grafik generasi ke-4 telah menjadi kenyataan. Perisian CAD telah diperkenalkan khusus bagi komputer peribadi 16 bit. Pada peringkat ini penggunaan CAD mula meluas ke sekolah-sekolah. Pada akhir 1980-an perisian pemodelan dan rendering untuk 3D telah dibangunkan dan dimasukkan ke dalam komputer peribadi. Teknik pemodelan dan rendering ini merupakan proses penghasilan objek 3D secara realistik. 
 
Kelengkapan Dalam Sistem CAD

Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua:
i.Secara manual
ii.Secara CAD

          Kelengkapan dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan, peranti pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan. 

i.Peranti masukan :
Papan kekunci
Tetikus
Pengimbas

 ii.Peranti keluaran :
•Monitor 
•Pencetak
•Pemplot

iii.Peranti storan :
•Cakera keras
•Disket
•CD
Pen-drive’ dan sebagainya.

Perkakasan Komputer 

i.Peranti Masukan
      Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukan arahan dan data. Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dan tetikus. Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan simbol.Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat peranti yang menggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan pergerakan. 

ii.Peranti Keluaran
Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian AutoCAD boleh dicetak dengan menggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot. Pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau hitam putih. Pemplot digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik, microgrip dan yang terkini teknologi pemplot laser.

iii.Peranti Paparan
Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan ataureka bentuk dipaparkan pada peranti ini. Pengguna melukis dengan memasukkanmaklumat seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus danpapan kekunci.

iv.Peranti Storan

 
Ubahsuai (Modify)
     i. Padam (Erase)untuk memadam objek atau garisan dalam lukisanyang tidak dikehendaki. Penggunaannya boleh didapati pada bar menu ’modify’-‘erase’ atau tolbar ‘erase’.

     ii. Kemasan (Trim)perintah ‘trim’ ialah untuk membuat kemasan atau potongan sebahagian garisan pada objek atau lukisan.

Arahan (Command) AutoCAD

          Bagi penggunaan arahan (command) ianya dilakukan dengan mudah sekali kerana tidak perlu untuk mencari pada menu bar. Contoh penggunaan arahan (command) :

 i. Tulis arahan pada baris perintah (command line). Contoh ‘L’ untuk ‘Line’.
ii. Selepas itu, tekan papan kekunci ‘enter’ atau ‘space bar’.
iii. Tentukan titik permulaan bagi garisan (line) tersebut dan pilih panjang garisan dan seterusnya tekan lagi sekali bagi menetapkan titik akhir bagi garisan tersebut.
Beberapa Arahan (Command) AutoCAD:
A =ARC
•AA=AREA
•AP=APPLOAD
AR=ARRAY
•B=BLOCK
•BB=BREAK