MINGGU 4

SISTEM KOORDINAT

         Penggunaan sistem koordinat adalah penting di dalam lukisan berbantukan komputer, khususnya dalam AutoCAD bagi melukis garisan atau lain-lain objek pada kedudukan yang tepat. Terdapat tiga jenis sistem koordinat yang boleh digunakan dalam lukisan 2D, iaitu sistem koordinat mutlak (absolute atau cartesian coordinate), sistem koordinat kutub (polar coordinate) dan sistem koordinat bandingan (relative coordinate).

I.      SISTEM KOORDINAT MUTLAK

         Sistem ini menetapkan titik pada grid X, Y dengan mengambil kira titik 0,0 sebagai titik rujukan. Sebagai contoh penggunaan sistem koordinat ini digunakan untuk membentuk rajah di bawah.

Rajah A: Penggunaan sistem koordinat mutlak
 Setkan format lukisan terlebih dahulu iaitu limits yang sesuai dengan saiz keseluruhan objek.

Kemudian pada command line laksanakan langkah berikut;
Command: limits <ENTER>


 Reset Model space limits:
Specify lower left corner or [ON/OFF] <0.0000,0.0000>: 0,0 <ENTER>
Specify upper right corner <420.0000,297.0000>: 297,210 <ENTER>

Kemudian paparkan keseluruhan editor lukisan dengan arahan ZOOM ALL

Command: zoom <ENTER>
ZOOM
Specify corner of window, enter a scale factor (nX or nXP), or
[All/Center/Dynamic/Extents/Previous/Scale/Window] <real time>: all <ENTER>
Regenerating model.


Perhatikan bahawa objek Rajah A terbina daripada 11 garisan lurus. Maka, arahan line perlu digunakan.
Seterusnya gunakan koordinat titik 20,20 (A) sebagai titik mula line.
Manakala bagi koordinat, titik-titik berikutnya perlulah ditetapkan melalui maklumat ukuran objek yang diberi. Umpamanya garisan dari titik A ke titik B berukuran 240 unit, maka koordinat-x bagi B adalah 260 dan koordinat-y bagi adalah 20. Oleh itu koordinat titik B ialah 260,20.


Command: line <ENTER>
Specify first point: 20,20 <ENTER>
Specify next point or [Undo]: 260,20 <ENTER>
Specify next point or [Undo]: 260,170 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 200,170 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 200,120 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 100,120 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 100,150 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 70,120 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 70,150 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 40,120 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: 20,120 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: close <ENTER>


II.     SISTEM KOORDINAT POLAR

          Sistem ini dinyatakan dalam bentuk jarak dan arah dalam darjah sudut. (Nota: Pengukuran sudut akan diambil merujuk kepada arah lawan jam sebagai nilai positif).


@L< θ

di mana;  @ - mengambil titik terakhirsebelumnya sebagai titik rujukan
                                     L - mewakili jarak yang diambil dari titik akhir dan nilai negatif atau positif    diterima untuk mewakili arah merujuk dari titik pertama.
θ - sudut dalam darjah.



Contoh masukan nilai jarak dan arah pada arahan AutoCAD adalah seperti @10<45.

Berikut adalah contoh membina Rajah A dengan menggunakan sistem koordinat kutub.
 

Setkan format lukisan terlebih dahulu iaitu limits yang sesuai dengan saiz keseluruhan objek dalam Rajah A.

Command: limits <ENTER>
Reset Model space limits:
Specify lower left corner or [ON/OFF] <0.0000,0.0000>: 0,0 <ENTER>
Specify upper right corner <420.0000,297.0000>: 297,210 <ENTER>


 Kemudian paparkan keseluruhan editor lukisan dengan arahan ZOOM ALL.

 Command: zoom <ENTER>
ZOOM
Specify corner of window, enter a scale factor (nX or nXP), or

[All/Center/Dynamic/Extents/Previous/Scale/Window] <real time>: all <ENTER>
Regenerating model. 


Perhatikan bahawa objek dalam Rajah A adalah terbina dari 11 garisan lurus. Maka, arahan line perlu digunakan. Seterusnya gunakan koordinat titik 20,20 (A) sebagai titik mula line. Ini kerana sistem koordinat kutub tidak boleh digunakan pada peringkat permulaan binaan.

Command: line <ENTER>
Specify first point: 20,20 <ENTER>
Specify next point or [Undo]: @240<0 <ENTER>
Specify next point or [Undo]: @150<90 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @60<180 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @50<270 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @100<180 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @30<90 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @42.43<225 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @30<90 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @42.43<225 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @20<180 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: close <ENTER>


 III    SISTEM KOORDINAT RELATIF

         Sistem koordinat bandingan tidak menetapkan permulaan garisan pada titik 0,0 tetapi boleh dimulakan pada sebarang titik yang diberikan. Sistem ini berasaskan kepada nilai penambahan pada paksi X,Y, dan Z dan merujuk kepada titik terakhir yang ditunjukkan sebagai:

@ΔX,ΔY,ΔZ

di mana; Δ - mewakili penambahan merujuk titik akhir. (Nota: Nilai penambahan pada paksi X, Y dan Z boleh dinyatakan dalam nilai negatif atau positif berdasarkan kepada arah koordinat yang dikehendaki.

 Rajah B: Penggunaan sistem koordinat relatif

Berikut adalah contoh membina Rajah A di atas dengan menggunakan sistem koordinat relatif.
Setkan format lukisan terlebih dahulu iaitu limits yang sesuai dengan saiz keseluruhan objek dalam Rajah A.

Command: limits <ENTER>
Reset Model space limits:
Specify lower left corner or [ON/OFF] <0.0000,0.0000>: 0,0 <ENTER>
Specify upper right corner <420.0000,297.0000>: 297,210 <ENTER>


 Kemudian paparkan keseluruhan editor lukisan dengan arahan ZOOM ALL

 Command: zoom <ENTER>
ZOOM
Specify corner of window, enter a scale factor (nX or nXP), or
[All/Center/Dynamic/Extents/Previous/Scale/Window] <real time>: a
ll <ENTER>
Regenerating model.


Perhatikan bahawa objek dalam Rajah B adalah terbina dari 6 garisan lurus. Maka, arahan line perlu digunakan.
Seterusnya gunakan koordinat titik A (katakan 50,40) sebagai titik mula line. Ini kerana sistem koordinat relatif juga tidak boleh digunakan pada peringkat permulaan binaan.


Command: line <ENTER>
LINE Specify first point: 50,40 <ENTER>
Specify next point or [Undo]: @180,0 <ENTER>
Specify next point or [Undo]: @30,40 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @-60,60 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @-20,-40 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: @-130,0 <ENTER>
Specify next point or [Close/Undo]: close <ENTER> 


ARAHAN-ARAHAN MELUKIS LANJUTAN

1. GARIS POLYLINE
Garis poli akan mewujudkan garis-garis rantaian dan lengkuk yang dianggap sebagai satu entiti. Penggunaan arahan ini sama seperti arahan garisan.

Command : pline <ENTER>
Specify start point: Tetapkan titik (1)
Current line-width is <current>
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: Tetapkan titik (2) atau masukkan pilihan lain yang tersedia.


 2. ELLIPSE
 ELLIPSE akan terbentuk secara amnya berdasarkan gabungan segmen dari pembentukan garis poli (polyline) dan lengkungan (arc). Pembentukannya boleh dilakukan dalam beberapa cara seperti pembinaan elip dengan pemilihan tersedia dan penentuan titik tengah dan pembinaan elip dengan penentuan kepada sudut putaran pada paksi utama.

 Command : ellipse <ENTER>
Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center/Isocircle]: Tetapkan kedudukan titik hujung paksi elip atau masukkan pilihan lain.


 3. DONUT
 Donut adalah binaan yang mempunyai ciri yang sama dengan garis poli (polyline) tetapi digubah dalam segmen-segmen lengkungan.

Command : donut <ENTER>
Specify inside diameter of donut <current>: Masukkan nilai diameter dalam donut.


Nota: Jika nilai masukan adalah 0, maka donut yang terbentuk berupa bulatan penuh.


Specify outside diameter of donut <current>: Masukkan nilai diameter luar donut.
Specify center of donut or <exit>: Tetapkan kedudukan pusat donut iaitu titik (1) atau tekan ENTER untuk menamatkan arahan. 



 4. SEGIBANYAK (POLYGON)
POLYGON membolehkan penghasilan bentuk-bentuk segibanyak antara 3 hingga 1024 muka tepi. Saiz segibenyak yang dimaksudkan boleh ditentukan melalui jejari bulatan luar (C atau Circumscribed) atau bulatan dalam (I atau Inscribe) dan melalui penentuan panjang muka tepi segibanyak (E atau Edge).

 Command : polygon <ENTER>
Enter number of sides <current>: Masukkan nilai pinggir segibanyak antara 3 hingga 1024.
Specify center of polygon or [Edge]: Tetapkan pusat segibanyak iaitu titik (1)


Menetapkan pusat bagi segibanyak.
 

Enter an option [Inscribed in circle/Circumscribed about circle] <current>: i atau c <ENTER>

Nota: i adalah singkatan Inscribed in Circle iaitu segibanyak akan terbina di dalam lingkungan jejari bulatan (Rajah C). Manakala c adalah singkatan kepada Circumscribed about Circle iaitu segibanyak akan terbina di luar lingkungan jejari bulatan (Rajah D).

 JIKA PILIHAN i dimasukkan, maka tindakbalas arahan berikut berlaku:

Specifies the radius of a circle on which all vertices of the polygon lie.
 

Specify radius of circle: Tetapkan titik 2 atau masukkan nilai jejari bulatan bagi segibanyak .

 Rajah C: Melukis segibanyak dalam lingkungan jejari bulatan

Penetapan jejari di atas dengan cara mengklik tetikus membolehkan putaran dan saiz segibanyak tersebut dilakukan. Manakala penetapan jejari dengan memasukkan nilai jejari akan terbina segibanyak mengikut nilai tersebut dan pinggiran bawah segibanyak mendatar mengikut sudut putaran semasa yang ditetapkan.

JIKA PILIHAN C dimasukkan, maka tindakbalas arahan berikut berlaku:
 
Specifies the distance from the center of the polygon to the midpoints of the edges of the polygon.
 
Specify radius of circle: Tetapkan jarak atau nilai jejari segibanyak.


 Rajah D: Menetapkan segibanyak dengan menentukan endpoint pertama

Menetapkan segibanyak dengan menentukan endpoints bagi pinggir pertama (Rajah D).

Specify first endpoint of edge: Tetapkan titik (1)

Specify second endpoint of edge: Tetapkan titik (2)

 CONTOH-CONTOH LATIHAN

1.

2.

3.


 

No comments:

Post a Comment