COPY
Arahan ini digunakan untuk menyalin satu atau lebih objek/lukisan pada lokasi atau tempat-tempat berlainan tanpa memadamkan objek asal.
Command: copy <ENTER>
Select objects: Klik butang kiri tetikus pada objek yang hendak disalin contohnya objek bulatan seperti dalam Rajah A(a) dan tekan kekunci ENTER sekiranya selesai.
Specify base point or displacement, or [Multiple]: Tetapkan lokasi titik rujukan penyalinan umpamanya titik (1) dalam Rajah A untuk sekali penyalinan sahaja atau tekan kekunci m untuk penyalinan berbilang.
Rajah A: Menyalin objek dengan sekali salinan dan berbilang
OFFSET
Arahan yang digunakan untuk membentuk satu entiti yang selari dengan entiti yang dipilih mengikut penentuan jarak atau titik tertentu. Hanya garisan, lengkuk, bulatan atau polyline 2D boleh dioffsetkan.
Rajah B: Mengoffset objek
Command: offset <ENTER>
Specify offset distance or [Through] <current>: Masukkan nilai jarak offset, atau tekan t atau tekan kekunci ENTER
Cara 1: Setelah memasukkan nilai jarak offset. Prompt berikut akan keluar di command line (Rujuk Rajah C).
Select object to offset or <exit>: Pilih satu objek atau tekan kekunci ENTER untuk menamatkan arahan.
Specify point on side to offset?: Tetapkan titik (1) disisi kanan atau kiri objek yang hendak dioffsetkan.
Rajah C: Mengoffset objek dengan penentuan jarak tertentu
Cara 2: Setelah memasukkan t, prompt berikut akan keluar di command line.
Select object to offset or <exit>: Pilih satu objek atau tekan kekunci ENTER untuk menamatkan arahan
Specify through point: Tetapkan titik (1) pada bahagian objek yang lain bersebelahan objek asal. (Rujuk Rajah D)
Rajah D:Mengoffset objek dengan cara through poin
FILLET
Arahan yang digunakan untuk menyambungkan dua garisan, lengkuk atau bulatan dengan satu sambungan lengkuk lengkap dengan panjang jejari yang ditetapkan.
Command: fillet <ENTER>
Current settings: Mode = current, Radius = current
Select first object or [Polyline/Radius/Trim/mUltiple]: Pilih objek garis pertama yang hendak di filletkan dengan menggunakan tetikus atau buat pilihan lain.
Pilih objek pertama yang perlu dikenalpasti sebagai fillet 2D atau pinggir bagi memfillet pepejal padu 3D.
Select second object: Pilih garis kedua dengan menggunakan tetikus.

Terdapat beberapa teknik memfillet yang sesuai boleh digunakan, terutama apabila bentuk-bentuk sambungan antara garis lurus dan lengkuk tertentu diperlukan. Jadual E menunjukkan beberapa teknik pemilihan garis dan lengkuk tidak bertemu dan hasil bentuk yang terjadi.
Selain daripada itu terdapat juga teknik memfillet dua bulatan tanpa memotong mana-mana bahagian pada bulatan-bulatan tersebu serta membentuk lengkuk fillet yang bersambung licin dengan bulatan.
TRIM
Arahan yang digunakan untuk mendapatkan kekemasan objek sehingga tepat pada tepian yang disempadankan oleh satu atau lebih objek-objek lain dalam lukisan.
Command: trim <ENTER>
Current settings: Projection = current Edge = current
Select cutting edges...
Select objects: Pilih satu atau lebih objek bagi menjadi sempadan/ pinggir pemotongan dan tekan kekunci ENTER, atau tekan kekunci ENTER untuk memilih semua objek.
Select object to trim or [Project/Edge/Undo]: Pilih objek yang hendak dipotong atau buat pilihan lain.
JADUAL E: Teknik memfillet dan hasilnya

No comments:
Post a Comment